Cemas Masjid Buluh dibadai ribut - Utusan Malaysia

Cemas Masjid Buluh dibadai ribut

SEORANG petugas menunjukkan bumbung Masjid Buluh yang tercabut dipukul ribut petang semalam. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 50 jemaah dan musafir yang singgah untuk solat di Masjid Buluh, Bandar Utama, di sini cemas selepas bumbung dan tiang masjid itu tercabut dibadai angin kencang kelmarin.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Siak Masjid Buluh, Ali Che Hak, 59, berkata, dia melaungkan azan kerana panik melihat atap masjid diterbangkan angin kencang.

“Ketika itu, saya dan jemaah lain yang kebanyakannya musafir sedang bersiap-sedia untuk menunaikan solat Asar. Kejadian bermula dengan hujan lebat disusuli angin kencang selama kira-kira 15 minit.

“Ketika sedang berlindung di masjid, kami terkejut apabila bumbungnya tiba-tiba tercabut dan beberapa tiang masjid turut jatuh. Saya segera melaungkan azan dan syukurlah tiada yang cedera,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Bendahari Masjid Buluh, Amran Abdullah, 56, berkata, setakat ini, sudah lima kali struktur Masjid Buluh rosak akibat dipukul ribut dengan kejadian keempat dua minggu lepas.

“Kita baru sahaja siap membaiki bahagian jemaah lelaki yang rosak dengan anggaran kos RM4,000 sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

“Semalam, tidak sangka berlaku lagi ribut dan kejadian kelima ini bagi saya paling teruk kerana kerosakannya jauh lebih besar. Kerugian dialami dianggarkan mungkin mencecah RM50,000,” katanya

Difahamkan, Masjid Buluh yang terletak berhampiran Gua Batu Kapur Gua Musang, di sini berdepan risiko untuk rosak dibadai ribut kerana lokasinya dikatakan berada di laluan pergerakan angin.

Orang ramai yang ingin menyumbang bagi pembaikian masjid boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Muamalat bernombor 03070000388714 atau hubungi wakil Masjid Buluh di talian 0199101063 atau 019923809. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya