Aidilfitri: 130,00 kenderaan dijangka masuk ke Terengganu setiap hari - Utusan Malaysia

Aidilfitri: 130,00 kenderaan dijangka masuk ke Terengganu setiap hari

ROHAIMI Md. Isa (empat dari kanan) melancarkan Op Selamat di Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh di Kuala Nerus, hari ini. - TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kira-kira 130,000 kenderaan dijangka memasuki Terengganu setiap hari melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan jalan-jalan persekutuan, bermula esok.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, jumlah itu meningkat lima kali ganda pada musim perayaan, Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Sehubungan itu, katanya, polis sudah mengenal pasti enam lokasi yang dijangkakan berlaku kesesakan lalu lintas (hotspot) di samping 20 kawasan berlaku banyak kemalangan (blackspot) di negeri ini.

“Jumlah blackspot tertinggi adalah di Dungun dan Marang dengan sebanyak empat lokasi diikuti di Kemaman dan Setiu (tiga); Hulu Terengganu dan Besut (dua)  di samping masing-masing satu di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Berdasarkan statistik, jumlah kemalangan sejak 1 Januari sehingga 25 April lalu meningkat 22 peratus daripada 2,919 kepada 3,571 kes berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya ketika melancarkan Op Selamat di Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, aliran trafik di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu masih lagi lancar walaupun segelintir perantau sudah mula bercuti dan pulang ke kampung halaman bermula hari ini. –UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya