8,000 penjawat awam Pahang terima bonus Aidilfitri RM1,200

8,000 penjawat awam Pahang terima bonus Aidilfitri RM1,200

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 8,000 kakitangan awam di negeri ini bakal menerima bantuan khas Aidilfitri bernilai RM1,200 setiap seorang bermula 20 April ini.

Bantuan khas terbabit yang berjumlah keseluruhan RM9.6 juta akan diagihkan kepada penjawat awam negeri ini melibatkan semua gred penjawatan. 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah pemberian bantuan berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak RM200 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1,000.

“Bantuan Khas Kewangan ini dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan sebagai menghargai sumbangan serta khidmat bakti penjawat awam di negeri ini. 

“Saya berharap bantuan kewangan ini dapat meringankan beban para penjawat awam negeri ini dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri nanti. Namun, berbelanjalah secara berhemah dan berjimat-cermat,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Persekolah Murid Tahun 1, di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan di sini hari ini.

Wan Rosdy mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco serta kakitangan kerajaan dari peringkat tertinggi hingga yang paling bawah. 

“Saya percaya semuanya memainkan peranan dalam membolehkan kita mendapatkan hasil kerajaan negeri yang lebih baik dari sebelumnya.

“Pada  tahun ini kita menyasarkan keuntungan hasil sekitar RM1 bilion dan saya optimis hasilnya akan kita dapat, Insya-Allah,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya