31 penyu mati di Terengganu dalam tempoh tiga bulan - Utusan Malaysia

31 penyu mati di Terengganu dalam tempoh tiga bulan

RUZAIDI Mamat (tengah) melepaskan tiga anak penyu yang sebelum ini dirawat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sebanyak 31 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. 

Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, jumlah itu meningkat berganda berbanding 51 kes kematian yang direkodkan sepanjang tahun lalu diikuti 55 kes (2020) dan 78 kes (2019). 

Katanya, antara faktor yang menyumbang kepada kematian penyu ialah keadaan ombak besar di samping plastik dan penggunaan pukat tunda serta pari. 

“Pukat pari telah diharamkan kerana menjadi ancaman utama kepada kematian penyu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Kesedaran Penyu negeri di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, di sini. 

Ruzaidi berkata, pelbagai program kesedaran giat dijalankan termasuk dalam kalangan nelayan dan orang awam bagi memulihara penyu. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya