PETALING JAYA: Sektor peruncitan, perhotelan serta restoran kini berdepan kesulitan dan pertumbuhan yang dijangka lebih perlahan dalam fasa endemik kerana masih kekurangan hampir 200,000 tenaga kerja, sekali gus menghalang perniagaan mencapai operasi sepenuhnya. Peruncitan antara yang paling meruncing mengalami kekurangan kira-kira 100,000 pekerja manakala industri perhotelan dianggarkan 60,000 dan restoran lebih 30,000 orang. Isu bayaran gaji rendah dan pendapatan yang lebih lumayan dalam ekonomi gig turut mempengaruhi bekas pekerja enggan kembali bekerja dalam sektor-sektor berkenaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia, Tan Sri Teo Chiang Kok berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya