252,730 pengembara sejak sempadan negara dibuka - Utusan Malaysia

252,730 pengembara sejak sempadan negara dibuka

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 252,730 pengembara direkodkan masuk dan keluar ke negara ini sejak pembukaan pintu sempadan negara pada 1 April sehingga Isnin lalu.

Jumlah itu direkodkan melalui pintu masuk utama negara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); KLIA2, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.

Turut terlibat, Padang Besar, Perlis; Bukit Kayu Hitam, Kedah; Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan pintu masuk Sungai Tujoh, Sarawak.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, berdasarkan jumlah itu, seramai 126,392 adalah ketibaan dan 28,301 berlepas melibatkan warganegara Malaysia manakala 55,121 ketibaan dan 42,916 berlepas membabitkan pengembara warga asing.

Katanya, lima negara merekodkan jumlah pelawat tertinggi adalah Singapura iaitu 65,165, Thailand (7,841), Indonesia (5,173), India (2,477) dan United Kingdom (1,485).

“Pintu masuk negara yang mencatatkan jumlah pergerakan warga asing tertinggi adalah Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dengan 160,818, KLIA (38,407), Kompleks Sultan Abu Bakar Link Kedua (53,113 ), klia2 (11,712) dan Bukit Kayu Hitam (6,980),” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee berkata, pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa juga mencatatkan peningkatan yang mendadak sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 12,923 naskah telah dikeluarkan d seluruh negara.

Ujar beliau, hal itu dijangka terus meningkat berikutan orang awam memanfaatkan pembukaan sempadan bagi tujuan melancong keluar negara dan mengerjakan ibadah umrah.  

 “Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan yang ketara berbanding sebelum sempadan negara dibuka.  

“Jumlah keluar masuk warga asing meningkat kepada 76.4 peratus manakala pengeluaran pasport merekodkan peningkatan sebanyak 38.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada bulan lalu,” ujarnya.

Beliau berkata, JIM akan terus bekerjasama dengan lain-lain agensi bagi memastikan pergerakan di pintu-pintu masuk negara berjalan dengan lancar. 

“Bagaimanapun, JIM mengingatkan orang ramai terutamanya pengembara atau pelawat asing supaya sentiasa mematuhi protokol Kementerian Kesihatan (KKM) dan Peraturan-peraturan Imigresen yang telah ditetapkan. 

“Kepada rakyat Malaysia, mereka dinasihatkan supaya menyemak rekod senarai hitam dalam portal JIM atau kiosk yang terdapat di KLIA,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya