2,013 asnaf terima sumbangan Yayasan Petronas  - Utusan Malaysia

2,013 asnaf terima sumbangan Yayasan Petronas 

ISMAIL SABRI Yaakob (baju Melayu merah) menyampaikan sumbangan sempena program Semarak Ramadan di Dewan Semai Bakti Felda Purun di Bera, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama warga Felda di Dewan Semai Bakti yang juga masjid sementara Felda Purun di sini.

Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 6.30 petang dan sempat beramah mesra dengan penduduk yang hadir pada program berkenaan. 

Ismail Sabri dalam ucapan ringkasnya berharap agar Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih meriah apabila kebenaran balik kampung bertemu sanak saudara. 

Beliau kemudiannya mengajak penduduk di situ hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera, pada 7 Mei ini di Dataran Kerayong, dekat Bandar Bera. 

Dalam majlis itu, seramai 631 penduduk dari 10 kampung dan kawasan tanah rancangan menerima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Petronas yang disampaikan Ismail Sabri. 

Terdahulu, Perdana Menteri hadir program Semarak Ramadan Parlimen Bera di beberapa lokasi iaitu Masjid Batu Bor, Masjid Mengkarak, Masjid Bandar Kemayan, Dewan Taman Merbau dan terakhir berbuka puasa bersama warga Felda Purun dan sekitarnya. 

Sempena Jelajah Ramadan, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan wang tunai  kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan membabitkan  seramai 2,013 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya