TANJUNG MALIM: Seramai 13 individu berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 357, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan itu pada pukul 11.53 malam dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, nahas membabitkan lima kenderaan jenis Audi, Proton Perdana, Perodua Bezza, Proton Wira dan Honda HRV.
“Setibanya di lokasi, didapati daripadanya terbalik. Kesemua 13 mangsa tidak tersepit dan masing-masing keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam.
“Kesemua mangsa cedera ringan dan dihantar ke Hospital Slim River untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. – UTUSAN