109 premis perniagaan di Pulau Pinang patuh peraturan - Utusan Malaysia

109 premis perniagaan di Pulau Pinang patuh peraturan

SELAIN bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri, pemeriksaan oleh PPDNHEP Pulau Pinang turut dijalankan di kedai-kedai runcit, pasar pagi, pasar basah dan sebagainya bagi memastikan peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 109 buah premis perniagaan di negeri ini yang telah diperiksa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri pada hari pertama Op Pantau 2022, semalam didapati patuh pada peraturan ditetapkan.

Pengarah PPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, pemeriksaan itu dibuat bagi memastikan setiap premis yang beroperasi mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan.

Katanya, pemeriksaan melibatkan premis yang beroperasi di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar pagi, pasar raya, kedai-kedai runcit serta premis penjualan secara dalam talian.

Pada masa sama, katanya, pemeriksaan juga dijalankan bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua 109 premis-premis yang diperiksa itu mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap peniaga atau individu yang mengambil kesempatan menaikkan harga atau cuba menyorokkan barang kawalan semasa bulan Ramadan serta menjelang sambutan Aidilfitri.

“Tindakan tegas akan diambil dalam hal ini dan sebarang maklumat atau aduan daripada orang awam berhubung aktiviti perniagaan yang tidak beretika ini juga amat dialu-alukan,” katanya.

Tambahnya, aduan boleh dibuat dengan menghubungi bilik gerakan PPDNHEP negeri di talian 04-3840245 atau hadir sendiri ke mana-mana 73 buah PPDNHEP di seluruh negara.

Selain itu ujar beliau, aduan juga boleh dikemukakan menerusi aplikasi Whatsapp  di nombor 019-2794317 atau melalui portal e-aduan kementerian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya