Trizure taja peserta Misi Everest 2022

Trizure taja peserta Misi Everest 2022

ZUHAIRI AB KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat multimedia, Trizure International (M) Sdn. Bhd. merupakan antara penaja pasukan pendaki Keluarga Malaysia yang akan membawa Misi Malaysia Everest 2022 (ME 2022).

Membawa semangat Keluarga Malaysia, 10 pendaki termasuk seorang orang kurang upaya (OKU), Muhammad Hawari Hashim, 31, terlibat misi menawan Gunung Everest bermula 15 April ini.

Misi itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang melihat semangat cekal mereka mampu menjadi inspirasi kepada seluruh Keluarga Malaysia dalam mendepani sebarang cabaran.

Pengerusi Eksekutif Trizure, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, satu majlis Hi-Tea akan diadakan pada 29 Mac ini di Hotel Everly di Putrajaya.

“Ia sebagai persiapan akhir sebelum pasukan pendaki itu berlepas menyempurnakan misi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Zuhairi berkata, Trizure mengasaskan sebuah organisasi korporat bersumberkan dana wakaf sumbangan ahli, bertujuan dilaburkan ke dalam perniagaan yang menguntungkan, supaya semua keuntungan dan pertambahan nilai dijadikan aset wakaf milik kekal syarikat berkenaan.

Jelasnya, matlamat Trizure, memperkasa golongan lemah ekonomi dan memangkin generasi masa depan Keluarga Malaysia mendapat akses peluang perniagaan dan korporat.

“Di peringkat awal penubuhannya, memandangkan ia belum mempunyai aset dan asas modal besar, Trizure  menggunakan kaedah menggalakkan ahli melabur sambil berwakaf.

“Di bawah strategi ini, ahli akan ditawarkan peluang menerusi program mentor-mentee, kongsi rezeki (Sharezeqi) Trizure dengan mewakafkan wang tunai, juga diberi peluang istimewa melabur dalam projek Trizure selain digalakkan mewakafkan wang tunai atau aset tambahan bertujuan memangkinkan Trizure. segera menghimpun aset, harta dan sumber bernilai tinggi.

“Trizure membuka peluang khas kepada beberapa pewakaf berkongsi dalam pelaburan baja, pos dan hartanah untuk melabur mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, dengan cara ini juga, Trizure yakin dapat menambah bilangan usahawan memiliki perniagaan menepati Maqasid Syariah tentang harta kekayaan, juga menambah bilangan usahawan yang mampu berterusan berwakaf untuk manfaat berpanjangan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya