Tiga nelayan dikhuatiri hilang di laut

Tiga nelayan dikhuatiri hilang di laut

BOT yang dipercayai digunakan oleh tiga nelayan dari Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang yang hilang ketika keluar untuk memukat ikan sejak awal pagi semalam. -MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Tiga nelayan dikhuatiri hilang di laut selepas keluar memukat dan menangkap ikan sejak awal pagi semalam.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka, Muhammad Firdaus Shamsudin, 34; Afzanizul Zakaria, 44, dan  Rozidi Saad menaiki sebuah bot  berwarna biru merah.

Menurut pemilik bot yang dikenali sebagai Naim Putra, ketiga-tiga mereka bertolak dari Pangkalan Sungai Tembus, Penaga di sini kira-kira pukul 5 pagi dan sepatutnya pulang ke jeti kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini, ketiga-tiga nelayan itu masih belum pulang dan laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu kerana bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku kepada mereka.

Ketika ini juga, sesetengah dakwaan mengatakan kemungkinan nelayan-nelayan itu dihanyutkan ke Langkawi atau Pulau Payar di Kedah berikutan cuaca buruk sejak awal pagi ini.

Dalam pada itu, Naim ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, kerja-kerja mencari dan mengesan kesemua mangsa sedang giat dijalankan.

“Ada empat buah bot yang turut serta dalam proses pencarian ini. Doakan semoga semuanya selamat,” ujarnya.

Terdahulu, kisah kehilangan nelayan itu tular di media sosial dan ia turut dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd. Yusni Mat Piah menerusi akaun Facebook miliknya sejak awal pagi tadi. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya