Tambahan kos pengurusan SOP dalam sewaan tapak bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Tambahan kos pengurusan SOP dalam sewaan tapak bazar Ramadan

NG SZE HAN NG SZE HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada kenaikan sehingga seratus peratus bagi harga sewa tapak bazar Ramadan di seluruh negeri ini seperti didakwa segelintir pihak termasuk peniaga yang menjalankan perniagaannya bermula 3 April ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk menaikkan kadar sewaan petak bazar Ramadan, sebaliknya, terdapat beberapa caj dikenakan bagi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan jangkitan Covid-19.

“Dakwaan PBT menaikkan caj petak bazar Ramadan 2022 hampir seratus peratus juga adalah tidak benar. Bagaimanapun, terdapat tambahan caj oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk Bazar Ramadan.

“Kos tersebut disalurkan untuk menempatkan dan menambah pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk menjaga SOP terutamanya dalam memastikan penjarakan fizikal dipatuhi sebaiknya.

“Sebagai contoh, di Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) mengenakan caj RM90 bagi tujuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia.

Semalam dilaporkan, kadar sewa tapak bazar Ramadan di beberapa negeri melambung melebihi 70 peratus yang membebankan peniaga kecil yang baru bangkit setelah jatuh teruk ketika pandemik dua tahun lepas.

Di Selangor, kadar sewa tapak bazar Ramadan di beberapa negeri melambung melebihi 70 peratus yang membebankan peniaga kecil yang baru bangkit setelah jatuh teruk ketika pandemik dua tahun lepas.

Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Shah Alam dan Klang, Kamarul Nizam Razak memaklumkan, kenaikan harga kebanyakannya berlaku membabitkan bazar yang diurus pihak swasta.

Dalam pada itu, Sze Han yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu menjelaskan, caj tambahan yang dikenakan kepada peniaga dalam kadar sewaan tapak berkenaan adalah ditanggung sebahagiannya oleh PBT.

“Juga dimaklumkan kos penempatan anggota Rela tidak ditanggung sepenuhnya para peniaga, tetapi ditanggung bersama dengan PBT.

“PBT akan terus bekerjasama dengan para peniaga bagi memastikan bazar Ramadan dapat beroperasi dengan baik dan terurus semasa kita berhadapan dengan cabaran krisis Covid-19,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya