Surau cengkerang penyu diperbuat guna 1,700 buluh

Surau dibina menggunakan 1,700 batang buluh

buluh
PEKERJA melakukan kerja-kerja pembinaan surau buluh yang pertama di Malaysia yang akan dijadikan sebagai pusat penyelidikan dan kajian buluh di Dataran Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Surau penyelidikan buluh pertama Malaysia yang dibina di Dataran Tembesu di sini dijangka siap sepenuhnya, Jun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengurus projek, Muhammad Khairullah Yahya berkata, sebanyak 1,700 batang buluh digunakan bagi pembinaan surau berkenaan dengan sebahagian besarnya adalah buluh mata rusa di samping betung dan semantan.

Katanya, rekaan surau itu cukup istimewa kerana keseluruhannya berbentuk lengkungan tanpa ada buluh yang disusun secara menegak.

“Sistem pembinaan su­rau ini seperti pembuatan bakul rotan dengan sebanyak 17 lengkungan buluh dihasilkan bagi struktur utamanya sebelum semua bahagian disambungkan secara pasak.

“Rekaan ini merupakan yang pertama di Malaysia selain teknologi pembinaan menggunakan tanah sebagai bahan binaan,” katanya semalam.

Projek surau perintis itu diumumkan bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali sejajar dengan pembangunan Manual Aplikasi Buluh dalam Industri Pembinaan di Kuala Terengganu.

Ia diterajui oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan Bamboo Jungle Adventures Sdn. Bhd. (BJA) dan anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Bhd.

Menurut Muhammad Khairullah, surau yang berbentuk seakan-akan cengkerang penyu itu mampu memuatkan seramai 200 jemaah dalam satu masa apabila beroperasi kelak.

Katanya, kesemua buluh yang digunakan bagi pembinaan surau itu sudah dirawat dan ketahanannya terhadap perubahan cuaca turut telah dikaji secara teori. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya