SPRM yakin tiga pegawai Mara akan dituduh tidak lama lagi

SPRM yakin tiga pegawai Mara akan dituduh tidak lama lagi

AZAM Baki beramah mesra dengan Pegawai Kadet sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM siri 25 (Penolong Penguasa P29) di Kompleks SPRM Johor, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin tiga pegawai Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp) yang terlibat dalam salah guna kuasa dan salah urus syarikat akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan berhubung perkara itu dan telah mengemukakan hasil siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membuat keputusan.

“Saya percaya keputusannya nanti akan berakhir dengan pertuduhan kepada pihak yang kita cadangkan. Yang terbabit itu tiga orang, namun kita serahkan kepada AGC untuk memperhalusinya sama ada ketiga-tiga mereka  dituduhkan atau sebahagian daripadanya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Khusus Asas Pegawai SPRM Siri 25 Bilangan 1/2021 (Penolong Penguasa Gred P29) di Padang Kawad, Kompleks SPRM Johor, di sini hari ini. 

Yang turut hadir  Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd. Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.

Setakat ini, hanya lima pegawai kanan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu dipanggil untuk dirakam keterangan setelah akhbar melaporkan seramai 17 individu dipanggil suruhanjaya terbabit bagi membantu siasatan.

SPRM memanggil 14 saksi terdiri daripada empat ahli lembaga pengarah dan tujuh individu daripada pengurusan Mara Corp, dua pegawai Mara serta seorang dari sebuah syarikat setiausaha korporat dan syarikat perkhidmatan penyumberan luar korporat (CoSec) kepada agensi itu.

Isu terbongkar apabila tular di media sosial sepucuk surat permohonan untuk melakukan siasatan terhadap lima pegawai tinggi Mara yang dibuat satu pemilik akaun Twitter menerusi ciapannya yang turut melampirkan enam halaman surat terbabit berhubung integriti pegawai agensi berkenaan.

Surat bertarikh 30 Januari itu didakwa pemilik akaun Twitter terbabit, dihantar oleh Pengerusi Eksekutif Mara Corp, Datuk Suhaili Abdul Rahman kepada Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun.

Susulan itu, lima pegawai agensi itu yang dikaitkan dengan isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan Mara Corp, tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur secara berasingan.

Mereka turut mendakwa individu yang menandatangani dokumen itu melakukan fitnah manakala seorang daripada mereka dalam laporannya, turut mendakwa mengesyaki individu terbabit cuba mengalih perhatian Pengerusi Mara terhadap isu salah guna kuasa yang dilakukannya sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya