Separuh muzium di Melaka tanggung rugi - Utusan Malaysia

Separuh muzium di Melaka tanggung rugi

MUHAMMAD JAILANI Khamis (kiri) dan Khaidhirah Abu Zahar ketika sesi jawab lisan di Persidangan DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hampir separuh daripada 26 galeri dan muzium yang beroperasi selaku pempamer warisan kebudayaan dan sejarah di Melaka menanggung kerugian, meskipun masih beroperasi.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dalam sesi jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata, masalah itu berlaku disebabkan tiada kajian mengenai impak operasi dibuat sebelum sesebuah galeri atau muzium dibuka, lantas menyebabkan overhead berlaku.

“Sebenarnya kita ada 26 galeri dan muzium seluruh negeri Melaka yang pernah dibina dan sedang beroperasi. Hampir separuh berada di tahap kerugian, ini adalah kadang-kala terlalu bersemangat mewujudkan muzium dan galeri tanpa memikirkan impak kesan operasi overhead yang sedia ada.

“Tapi alhamdulillah, setelah perbincangan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali kita sedang dalam satu perancangan. Apakah perancangan itu? Perancangan itu adalah sebenarnya consolidation (penyatuan) dan merging (penggabungan).

“Kita sedang kenal pasti, kertas kerja sedang dibikin dengan intensif untuk mewujudkan partnership (usahasama) juga dengan syarikat-syarikat berupaya yang berdaya saing. Pada masa yang sama, untuk menyatukan beberapa galeri atau muzium, kami rasa terlalu kecil untuk beroperasi sebagai galeri,” katanya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) berkenaan perancangan kerajaan negeri memastikan kesinambungan muzium dan galeri di Melaka.

Dalam pada itu, Muhammad Jailani menambah, contoh penggabungan yang sedang dirancang pihaknya adalah dengan menyatukan beberapa galeri atau muzium di bawah satu bumbung, kemudian dipindahkan ke lokasi strategik bagi mengoptimumkan kunjungan pelancong.

“Contohnya kita ambil lima galeri digabungkan dan dipindahkan ke satu lokasi yang strategik yang mempunyai lima elemen dalam satu, kemungkinan ini dapat menarik lagi para pelancong untuk hadir,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya