Selangor belanja RM118.25 juta bantu mangsa banjir

Selangor belanja RM118.25 juta bantu mangsa banjir

Amirudin Shari menjelaskan peruntukan dibelanjakan kerajaan negeri bagi membantu mangsa banjir dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2022 di Dewan Annex, Bangunan SUK, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - Gambar SelangorTV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak RM118.25 juta dibelanjakan kerajaan negeri bagi membantu lebih 100,000 mangsa banjir pada 17 Disember lalu akibat hujan lebat luar biasa lebih dua hari.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua peruntukan tersebut diberikan di bawah program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang dilancarkan kerajaan negeri 21 Disember lalu.

“Dari segi pecahan, sebanyak RM118.11 juta diperuntuk kepada 118,110 mangsa dengan setiap mereka menerima RM1,000.

“14 waris yang ahli keluarganya terkorban dalam bencana terbabit masing-masing menerima RM10,000 dengan jumlah agihan sebanyak RM140,000,” katanya dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2022 di Dewan Annex, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang,  Azmizam Zaman Huri mengenai jumlah peruntukan yang diberikan kerajaan Selangor kepada mangsa bencana terbabit.

Menurut Amirudin, daerah Klang mencatat jumlah penerima teramai iaitu 62,342 mangsa diikuti 22,288 mangsa di Petaling, Kuala Langat (11,570), Sepang (6,901), Kuala Selangor (5,975) dan Gombak (1,060).

“Tiga daerah telah selesai mengagihkan bantuan tersebut iaitu Hulu Langat sebanyak 7,840 mangsa, Hulu Selangor (94) dan Sabak Bernam (40).

“Mangsa yang telah lulus permohonannya namun belum mendapat BSB lagi boleh mengambil bantuan berkenaan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di kawasan tempat tinggal masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya