RUU larangan rokok bawah 18 tahun dibentang Parlimen Julai ini

RUU larangan rokok bawah 18 tahun dibentang Parlimen Julai ini

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) bagi melarang individu bawah 18 tahun merokok dan memiliki produk rokok elektronik (vape) akan dibentangkan pada Sidang Dewan Rakyat Julai depan. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, RUU itu kini sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu ini. 

Beliau berkata, ia kemudian akan di bawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Teknologi. 

“RUU itu juga membabitkan larangan pemilikan sebarang produk merokok termasuk vape oleh golongan bawah umur. 

“Jika undang-undang itu diluluskan kelak, mereka yang lahir selepas tahun 2005 atau dikenali sebagai ‘Generational End Game’ mungkin tidak lagi dibolehkan membeli produk tembakau atau rokok di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan MyChampion, di sini hari ini. 

Setakat ini, Malaysia di tangga ke-72 paling ramai perokok di dunia dengan kadar 22 peratus atau 7 juta penduduknya selain 10,000 kematian direkodkan setahun akibat komplikasi merokok. 

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, pihaknya akan merujuk kepada Institut Pendidikan Kesihatan susulan dapatan kajian saintis Belanda berhubung penemuan mikroplastik dalam darah manusia akibat menggunakan polisteren atau meminum air mineral dalam botol. 

“Saya terkejut dengan dapatan oleh sainstis Belanda itu kerana mikroplastik daripada botol mineral dan polisteren itu boleh masuk ke dalam sistem darah kita.

“Kajian saintis itu terhadap 22 orang mendapati, kandungan darah bagi 18 daripada mereka mengandungi mikroplastik,” katanya. 

Katanya, mikroplastik itu sudah memasuki darah dan ia sudah tentu memberi kesan jangka panjang kepada manusia. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya