Puteri minta amal politik matang dan bermaruah .

Puteri UMNO minta semua pihak amal politik matang  

NOR Akmal Muhammad (dua dari kiri) mengiringi Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan ketika mengadakan walkabout sempena kempen PRN Johor di sekitar Perling, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Puteri UMNO menuntut semua parti politik mengamalkan politik matang dan bermaruah dalam usaha menarik sokongan pengundi dan bukan sebaliknya dengan mengamalkan kebiasaan lama yang negatif.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Pulai, Nor Akmal Muhammad berkata, sebagai masyarakat beragama Islam, politik dan agama tidak seharusnya dipisahkan sekali gus bermaksud politik perlu dilakukan secara berhemah.

Hal ini kerana katanya, politik Malaysia sudah sinonim dengan kaedah mencerca, menghina, menyerang serta memfitnah peribadi pemimpin.

“Elemen negatif ini yang sentiasa menjadi senjata utama bagi meraih dan mencapai laba politik melalui undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU).

“Namun persoalannya, sampai bila kita sebagai rakyat mahu dihidangkan dan disuapkan dengan percaturan politik kotor dan murahan ini, adakah ini budaya politik yang mahu kita tanam dalam diri generasi muda,” katanya kepada pemberita, di sini

Tambah Nor Akmal, kaedah yang boleh digunakan adalah dengan menunjukkan keikhlasan dan menawarkan pelbagai pakej serta perancangan terbaik oleh parti masing-masing.

“Agenda kestabilan politik meliputi kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial, kerukunan perpaduan antara kaum, keselamatan negara dan kelestarian pendidikan perlu menjadi silibus baharu dalam buku politik negara.

“Semoga arena politik Malaysia menjadi platform terpenting untuk kita mendapat reda dan pahala daripada Allah dan bukannya menjadi asbab kepada pemimpin politik mencipta dosa yang berterusan,” jelasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya