Program Asasi Sains pertama di UMK Jeli - Utusan Malaysia

Program Asasi Sains pertama di UMK Jeli

SEBAHAGIAN pelajar dan tenaga pengajar yang hadir pada sesi kuliah secara langsung program Asasi Sains di UMK Jeli semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, di sini buat julung kalinya memperkenalkan program asasi sains bagi mendedahkan pelajar lebih awal dengan ekosistem keusahawanan sains.

Ketua Jabatan Persediaan Sains UMK, Fakulti Sains Bumi (FSB), Dr. Marinah Muhammad berkata, program itu sebelum ini dikenali sebagai Program Persediaan Keusahawanan Sains.

Katanya, program berkenaan akan memberi nilai tambah kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memilih UMK sebagai destinasi untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

“Program Asasi Sains UMK mampu membentuk pelajar berpengetahuan dalam bidang sains serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang keusahawanan dengan penguasaan bahasa asing yang mereka pilih. 

“Pelajar turut didedahkan bahawa sains dan keusahawanan itu sebenarnya berkait rapat dan apabila digabung, mampu membentuk usahawan yang cemerlang yang bukan sahaja pandai berniaga, malah, juga mahir dalam sains,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir program kuliah secara langsung siri pertama yang disampaikan oleh Pengasas Program Asasi Sains UMK, Profesor Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Che Omar di sini hari ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, Marinah berkata, sepanjang tempoh penawaran program persediaan UMK sejak 2011 hingga 2019 di Kolej Matrikulasi Kulim, Kedah, UMK telah melahirkan sembilan kohort pelajar.

Daripada jumlah itu kata beliau, seramai 565 pelajar telah berjaya memperoleh tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sepenuhnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya