PRN Johor: Bergabung tetapi tiga logo jejas peluang

PRN Johor: Bergabung tetapi tiga logo jejas peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAKATAN Harapan (PH) Johor ada peluang yang lebih besar untuk berjaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor jika gabungan itu bertanding di bawah satu logo.

Walaupun bergabung, hakikatnya terdapat tiga logo digunakan PH + Muda iaitu lambang PH sendiri, logo PKR dan Muda.

Ada kacau bilau di situ tentang soal ‘kesepakatan’ yang dilaungkan mereka kerana pengundi melihat seakan-akan mereka tidak sehaluan walaupun menegaskan ada strategi tersendiri.

Lihat sahaja soal pembahagian kerusi antara PKR dan Muda. Jika ikut perancangan awal, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu berikan tiga kerusi kepada Muda, namun ada masalah sehinggakan satu kerusi pun tidak diberi ruang.

LANGGAR

Akhirnya, Muda ‘langgar’ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin yang sudah awal-awal diumumkan calon PKR akan bertanding.

Isu itu menjejaskan peluang PH untuk menang bukan sahaja di kerusi tersebut tetapi kawasan-kawasan lain kerana masyarakat keliru hendak pilih yang mana.

Kemunculan PH dalam PRN Johor juga sedikit tenggelam berbanding Perikatan Nasional (PN) yang tampak lebih ‘kemas’ berbanding di Melaka, tempoh hari. Persediaan mereka lebih terancang.

Maka tak menghairankan apabila dikatakan PRN Johor pada 12 Mac ini lebih kepada pertempuran antara Barisan Nasional (BN) dan PN.

MANIFESTO

PH juga masih dilingkari isu manifesto yang tidak ditunaikan. Walaupun ketika itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut berada dalam satu kapal, tetapi pengundi hanya ingat perkataan ‘PH janji macam-macam dahulu’.

Penganalisis politik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ku Hasnan Ku Halim turut mengakui, PH dan parti-parti selain BN dan PN dilihat kurang menyengat.

Melainkan DAP yang mungkin ada peluang di kawasan majoriti Cina.

“Pertembungan dalam PRN Johor ini lebih kepada BN lawan PN. Mereka ada kerjasama yang solid, bertanding di bawah satu logo dan warna walaupun turut berdepan sedikit masalah dalam soal pemilihan calon.

Kata beliau, setakat ini sukar untuk meramal kerusi mana PH boleh sekurang-kurangnya pertahankan walaupun pernah menang sehingga 36 kerusi bersama Bersatu dahulu dengan DAP sapu bersih 14 kerusi.

Berbaki empat hari lagi menjelang hari pembuangan undi, PH perlu meningkatkan gear kelajuan untuk terus kekal dalam grid perlumbaan PRN Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya