PIP buka peluang kerja, ubah landskap ekonomi Perlis - Utusan Malaysia

PIP buka peluang kerja, ubah landskap ekonomi Perlis

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tengah) melancarkan Perlis Inland Port (PIP) dan Bonded Road disaksikan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua kanan), Ismail Sabri Yaakob (tiga kiri) dan Azlan Man (dua kanan) di Jalan Ulu Pauh-Padang Besar, Chuping, Perlis. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Pelaksanaan Projek Pembangunan Terminal Pelabuhan Darat Perlis (PIP) akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta limpahan rantaian ekonomi kepada masyarakat setempat. 

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, projek tersebut juga bakal mengubah landskap ekonomi di negeri ini.

Titah baginda, PIP dan Chuping Valley Industrial Area (CVIA) merupakan dua projek mega yang saling melengkapi bagi memberikan impak ekonomi dalam sektor perindustrian dan logistik. 

Baginda bertitah, ia secara tidak langsung akan mengubah suasana khususnya di kawasan Chuping dan Padang Besar yang dahulunya merupakan kawasan pertanian.

“Rakyat Perlis diharap dapat mengambil peluang ini untuk turut serta menjadi sebahagian daripada pembangunan PIP bagi meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan diri,” titah baginda ketika merasmikan PIP dan Bonded Road di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  dan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Seterusnya baginda berharap projek PIP dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Projek ini akan melonjakkan prestasi ekonomi dan pembangunan negeri bagi mencapai sasaran Perlis negeri bandar raya menjelang 2030,” titah baginda.

Baginda turut menitahkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Koridor Utara, Mutiara Perlis Sdn. Bhd dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pembangunan PIP sehingga berjaya menjadikannya satu realiti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya