PICKids Terengganu kedua tercorot di Malaysia  - Utusan Malaysia

PICKids Terengganu kedua tercorot di Malaysia 

AHMAD Samsuri Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kadar suntikan vaksin dalam kalangan kanak-kanak melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di negeri ini merupakan yang kedua tercorot di Malaysia. 

Setakat semalam, hanya 12.2 peratus ataupun 21,822 kanak-kanak yang sudah menerima vaksin berkenaan walaupun dua hari lagi negara bakal beralih ke fasa endemik. 

Kerisauan itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sekali gus berharap kalangan ibu bapa dapat segera membawa anak masing-masing menerima suntikan vaksin Covid-19.

Beliau berkata, kalangan ibu bapa difahamkan masih was-was terhadap keberkesanan vaksin kepada anak-anak sekali gus cenderung mengambil pendekatan tunggu dan lihat. 

“Saya nak beri ingatan seikhlas mungkin daripada lubuk hati saya, tolonglah kerana ini adalah usaha sebagai ibu bapa untuk memastikan kesejahteraan anak-anak agar sihat.  

“Ibu bapa takut sesuatu berlaku kepada anak mereka tetapi saya rasa situasi ini sama dengan kes vaksinasi lain-lain misalnya Bacillus Calmette-Guerin (BCG) dan sebagainya yang sudah puluhan tahun dilaksanakan, tetapi tiada sebarang masalah besar timbul,” katanya selepas melancarkan Tahun Semarak Dakwah Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Selain Terengganu, empat negeri lain yang mencatatkan peratusan terendah bagi PICKids ialah Perlis dengan sebanyak 25.3 peratus diikuti Kedah (23.5 peratus), Sabah (23.3 peratus) dan Kelantan (9.8 peratus).

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, seramai 178,700 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di Terengganu layak menerima vaksin Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya