Pesawat TUDM terbang rendah, orang ramai diminta tidak cemas - Utusan Malaysia

Pesawat TUDM terbang rendah, orang ramai diminta tidak cemas

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah sepanjang latihan operasi bermula 3 hingga 7 Mac ini.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, penerbangan tersebut akan melibatkan beberapa kawasan tertentu di sekitar Selangor, Pangkalan Udara Gong Kedak, Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Kuantan.

Justeru, TUDM memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat tersebut terbang rendah sepanjang latihan dan operasi dilaksanakan.

“Latihan dan operasi ini bertujuan menilai kecekapan anak kapal TUDM, anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) dan pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara.

“Latihan ini juga bertujuan menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset TUDM bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan tugas operasi bersama melibatkan pesawat pelbagai kategori,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya