Perak nafi tanah pertanian tak cukup - Utusan Malaysia

Perak nafi tanah pertanian tak cukup

SAARANI Mohamad (tengah) menyampaikan beg sekolah kepada penerima pada program CSR bantuan persekolahan di Bota Kanan dekat Parit , hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: ‘Saya ingat itu tidak tepat, bukan semua tanah kita tukarkan daripada pertanian kepada perumahan’.

Itu jawapan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengulas dakwaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berhubung kerenah kerajaan negeri gagal menyediakan kawasan baharu pertanian serta ghairah menukarkan status tanah kepada projek pembangunan hartanah. 

Malah, menurut Saarani, kerajaan Perak menggantikan semula tanah pertanian yang digunakan bagi tujuan pembangunan seperti lebuh raya dengan jumlah yang sama bagi memastikan keselamatan makanan terjaga. 

Katanya, sebagai contoh projek ikan Arowana di daerah Kerian yang menggunakan sawah padi digantikan semula oleh kerajaan negeri bagi memastikan tanaman padi mencukupi. 

“Maknanya, kita ganti sebab ini keselamatan makanan, berapa pun jumlah yang terpaksa digantikan dan kita bukan tiba-tiba tukarkan status tanah. 

“Berapa pun jumlah tanah itu, terpaksa ditukar syarat kepada pembangunan, pada highway (lebuhraya) dan sebagainya, jika ia terpaksa dibuat, kita menggantikan balik sejumlah tanah yang sama tanah pertanian untuk keselamatan makanan,” katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas Perasmian Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Persekolahan dan Orang Kurang Upaya Oleh Kelompok-Kelompok Padang Ragut Daerah Perak Tengah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak 2021 di Dewan Dato’ Ahmad Hambal, Bota Kanan di sini hari ini. 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria;  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed; Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd. Nizar Zakaria dan ADUN Belanja Khairudin Abu Hanipah. 

Saarani berkata, tanah pertanian di Perak masih mencukupi bagi tujuan pertanian dan hanya tinggal untuk dilaksanakan atau tidak. 

“Jadi saya  tak tahulah negeri lain, kalau di Perak kita masih cukup tanah untuk tujuan pertanian, nak buat atau tidak sahaja,” katanya. 

Utusan Malaysia melaporkan negara terpaksa berbelanja RM63. 6 bilion import makanan tahun lalu ekoran kerenah kerajaan negeri gagal menyediakan kawasan baharu pertanian. 

MAFI dalam kenyataan berkata, kebergantungan import makanan yang tinggi itu turut dikaitkan isu pembangunan tanah pertanian yang tertakluk di bawah pihak berkuasa kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya