Pemuda terbabas, tersangkut di penghadang besi

Pemuda terbabas, tersangkut pada penghadang besi

FIRDAUS SHAH Zainal (gambar kecil) tersangkut di antara penghadang besi dan pokok dalam kemalangan di Jalan Krubong-Tampoi, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki maut dalam keadaan menyayat hati selepas terbabas dan tersangkut di antara penghadang besi dan pokok dalam kemalangan di Jalan Krubong-Tampoi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi tadi, mangsa, Firdaus Shah Zainal, 18, maut di lokasi akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan menghala ke Jalan Perindustrian Krubong-Tampoi.

“Mangsa dari arah Jalan Krubong dan setiba di lokasi motosikal ditunggang telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang besi sebelah kiri jalan. 

“Setelah terbabas, mangsa telah terpelanting dan tersangkut di antara penghadang besi dan pokok di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hasan Basri, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan pegawai penyiasat di lokasi mendapati ketika kejadian cuaca adalah baik. 

“Kita percaya kemalangan berlaku disebabkan kegagalan manusia mengawal kenderaan,” jelasnya. 

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya