Pemuda miliki pisau 'rambo' berdepan penjara 10 tahun

Pemuda miliki pisau ‘rambo’ berdepan penjara 10 tahun

AIMAN Hakimi Hanafi dikawal anggota polis di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pemuda berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah pisau ‘rambo’, Ahad lalu.

Tertuduh Aiman Hakimi Hanafi, 23, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sebilah pisau rambo berwarna hitam jenama SR Colombia yang diselitkan di bahagian pinggang semasa pemeriksaan polis.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 12.50 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Terendak Permai, Sungai Udang, 27 Mac lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin tidak mencadangkan jaminan, namun sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara beliau menawarkan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak membuat sebarang rayuan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 27 April depan sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya