Pemandu rempuh pelanggan restoran dipercayai mabuk direman tiga hari

Pemandu rempuh pelanggan restoran dipercayai mabuk direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) dipercayai mabuk sehingga melanggar dua kenderaan dan pelanggan kedai makan di Jalan Klang Lama dekat sini direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, perintah reman pemandu berusia 57 tahun yang memandu Honda HR-V itu bermula hari ini sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan. 

“Saringan kandungan alkohol pemandu SUV itu mendapati telah melebihi had ditetapkan dan suspek sudah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya di sini hari ini. 

Terdahulu, Sarifudin berkata, kemalangan kira-kira pukul 8.30 malam itu melibatkan tiga kenderaan, dua pejalan kaki dan lapan pelanggan restoran yang sedang makan.

Ujarnya, kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki yang berusia 57 tahun memandu SUV jenis Honda HRV dari arah Petaling Jaya menghala ke pusat bandar.

“Bagaimanapun, sebain tiba di lokasi, kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar Lexus 2.5 yang diparkir di bahu kiri jalan hingga menyebabkan kereta kereta itu bergerak dan melanggar pula Perodua Axia yang diletakkan di hadapannya.

“Perodua Axia itu kemudian melanggar lapan pelanggan yang sedang makan dan dua pejalan kaki,” ujarnya.

Akibat itu, dua daripada 10 individu itu patah anggota badan dan semua yang tercedera dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya