[PARLIMEN]: Siasatan Azam baki masih berjalan -Hamzah - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Siasatan Azam baki masih berjalan -Hamzah

AZAM BAKI
AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung pemilikan saham di atas nama Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menerusi jawapan bertulis, Hamzah berkata, siasatan itu diteruskan di bawah laporan Dang Wangi 396/2022 bertarikh 6 Januari lalu, dengan membuka Kertas Enkuiri Polis, biarpun Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menutup siasatan terhadapnya.

“Setakat ini, siasatan masih berterusan. Sehubungan itu, kementerian tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berhubung kes ini supaya tidak mengganggu siasatan yang masih berlangsung,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) membangkitkan persoalan sama ada siasatan terhadap Azam berkenaan isu pemilikan saham atas nama beliau masih berjalan kerana SC sudah memuktamadkan dan menutup siasatan terhadap beliau.

Dalam sidang media baru-baru ini, Azam sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat, termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa.

Beliau memberi alasan akaun saham itu digunakan oleh adiknya, Datuk Nasir Baki dalam urus niaga, selain Azam tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya