[PARLIMEN]: Kerajaan lebih bersedia hadapi banjir di Pantai Timur - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Kerajaan lebih bersedia hadapi banjir di Pantai Timur

ABD. LATIF AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan lebih bersedia malah telah bersiap siaga untuk menghadapi banjir baru-baru ini berbanding ketika negara dilanda banjir pada hujung tahun lalu.

Dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata, semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri yang terlibat telah bersiap siaga untuk menjalankan operasi menyelamat dan pengurusan mangsa di pusat-pusat pemindahan (PPS) seusai menerima amaran hujan berterusan daripada MET Malaysia.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) telah mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan bermula 23 Februari 2022 lagi kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah (JPBD) serta agensi-agensi yang terlibat.

“Notis kesiapsiagaan ini dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan amaran cuaca terkini daripada pihak MET Malaysia.

“Bermula pada 26 Februari, Mesyuarat PKOB Pusat telah diadakan secara harian bagi mendapatkan situasi semasa keadaan banjir di lapangan serta mengenal pasti sebarang isu untuk intervensi peringkat pusat,” jelasnya.

Perkara itu dibangkitkan oleh Wan Hassan Mohd Ramli [Dungun- PAS] dengan meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah drastik oleh kerajaan dalam menangani musibah banjir yang baru melanda negeri di Pantai Timur. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya