Onn Hafiz ziarah pusara Onn Jaafar, Jaafar Muhammad - Utusan Malaysia

Onn Hafiz ziarah pusara Onn Jaafar, Jaafar Muhammad

ONN Hafiz Ghazi mengunjungi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah untuk menziarah pusara Onn Jaafar dan Jaafar Muhammad di Johor Bahru, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi menziarahi kubur moyang beliau iaitu Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang juga pengasas UMNO di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini.

Beliau turut menziarahi kubur Allahyarham Datuk Jaafar Muhammad yang merupakan Menteri Besar Johor yang pertama yang juga merupakan bapa kepada Onn Jaafar.

Ziarah berkenaan dibuat selepas beliau selesai dilantik selaku Menteri Besar Johor ke-19 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini kira-kira pukul 3.30 petang.

Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap meluangkan masa kira-kira 15 minit di pusara berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Mohd. Rofiki Shamsuddin dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed.

Semalam, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menziarahi kedua-dua pusara berkenaan. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya