Murid teruja belajar ke sekolah  - Utusan Malaysia

Murid teruja belajar ke sekolah 

SEBAHAGIAN daripada pelajar SK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu beratur untuk memasuki sekolah yang mula dibuka hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 199,358 murid sekolah rendah di negeri ini memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad berkata, daripada jumlah keseluruhan pelajar itu, seramai 27,436 orang merupakan murid tahun satu.

“Seramai 134,781 pelajar sekolah menengah pula sedang menunggu sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadual bermula pada 4 April ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petani di Jalan Sekerat di sini mendapati murid-murid teruja dan bersemangat memulakan sesi persekolahan..

Pihak sekolah juga didapati mengikut pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi mengekang penularan Covd-19 di sekolah.

Seorang murid, Muhammad Rayyan Muhamad Ridzuan, 10, yang belajar di tahun empat di sekolah itu berkata, dia sememangnya tidak tidur lena malam semalam kerana teruja untuk ke sekolah hari ini.

“Saya sebelum ini belajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sahaja dan saya gembira apabila dapat kembali bersekolah secara bersemuka,” katanya ketika ditemui di SK Sungai Petani di sini hari ini.

“Walaupun perlu mematuhi prosedur ketat Covid-19 namun ianya tidak menjadi alasan untuk memberi semangat saya meneruskan pelajaran sesi baharu ini,” katanya.

Murid tahun lima, Muhammad Amierul Mohd. Basri, 11, berkata, dia bangun awal pagi untuk bersiap ke sekolah kerana bersemangat untuk meneruskan persekolahan secara bersemuka.

“Saya telah bersiap awal dengan memastikan segala kelengkapan seperti buku-buku, peralatan menulis berada di dalam beg sejak kelmarin.

“Selain itu, saya juga tidak sabar untuk memasuki kelas dan belajar bersama rakan-rakan lain,” katanya.

Dalam pada itu, seorang bapa, Muhammad Ridzuan Yahaya, 45, berkata, dia mengambil kelepasan daripada majikannya untuk menghantar dua anaknya Muhammad Darwish Putra Amsyar, 8, dan Muhammad Rayyan, 10, ke sekolah hari ini.

“Sejak minggu lalu lagi dua anak saya tidak sabar untuk ke sekolah selepas segala persiapan seperti pakaian seragam dan peralatan telah dibeli awal bulan ini,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya