Murid SK Felda Kota Gelanggi Dua ceria, bersemangat mulakan sesi persekolahan  - Utusan Malaysia

Murid SK Felda Kota Gelanggi Dua ceria, bersemangat mulakan sesi persekolahan 

PBS kena dibuat tanpa elemen pilih kasih bagi memastikan sistem pendidikan negara terus maju. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seramai 475 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Dua di sini iaitu, kira-kira 50 kilometer dari bandar Jerantut kembali memulakan persekolahan hari ini.

Murid-murid berkenaan berasa cukup teruja dan tidak sabar untuk mengikuti kelas secara bersemuka selain tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP), peraturan kebersihan dan disiplin ketika berada di sekolah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Felda Kota Gelanggi Dua, Anuar Rahman berkata, persekolahan hari ini bermula dengan kata-kata perangsang oleh Guru Besar, Mat Ramli Norman. 

Guru-guru bertugas turut berada di pintu pagar sekolah bermula pukul 7 pagi untuk memimpin murid-murid masuk ke kelas masing-masing mengikut lorong yang ditetapkan termasuk menjaga penjarakan fizikal.

“Walaupun tetap berjaga-jaga dalam tempoh pandemik, murid-murid tetap ceria apabila bertemu guru dan rakan mereka.

“Seperti sebelum ini, pentadbir sekolah dan guru di sini membantu menguruskan keperluan murid supaya mereka belajar dengan lebih selesa dan memperoleh ilmu serta kemahiran bagi membina insan yang cemerlang dan berakhlak,” katanya.

Menurut Anuar, murid di sekolah berkenaan sentiasa diberikan nasihat dan panduan sepanjang masa tentang amalan keselamatan dan penjagaan kesihatan khususnya ketika negara ini masih dalam tempoh pemulihan wabak Covid-19.

Sementara itu, murid tahun satu, Muhammad Iskandar Harris, 7, berkata, dia berasa gembira kerana memasuki kelas tahun satu dan yakin untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan lebih cemerlang menerusi tunjuk ajar guru.

“Hari ini, saya bangun awal dan mandi, bersolat subuh kemudian memakai pakaian seragam baharu dan beg sekolah sebelum dihantar oleh bapa. Saya gembira dapat bertemu semula guru, malah teruja melihat kebanyakan rakan yang serba lengkap dengan seragam baharu.

“Saya akan belajar bersungguh-sungguh mulai tahun satu, tahun ini untuk mengikut jejak kakak saya yang sudah menyambung pelajaran di universiti,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya