Mohandas kongsi tips Everest

Mohandas kongsi tips Everest

SALLEH Mohd. Noor (belakang tengah) bersama pendaki Everest pada Majlis Flag-Off Misi Keluarga Malaysia Everest 2022 (KAME 2022) di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pendaki Malaysia pertama yang menawan puncak gunung Everest, Datuk N. Mohanadas menasihati 10 pendaki yang menyertai Misi Keluarga Malaysia Everest 2022 (KAME 2022) mengutamakan aspek keselamatan dan peka kepada perubahan cuaca sepanjang misi pendakian di sana.

Mohanadas yang menawan puncak gunung tertinggi dunia itu pada 1997 bersama Magendran berkata, amat mustahak bagi setiap pendaki mengetahui kemampuan diri sendiri walaupun kejayaan menjadi impian setiap pendaki.

“Jangan abaikan keselamatan, amat mustahak, keadaan cuaca di sana sentiasa berubah dan sukar diduga.

“Banyak benda boleh berlaku apabila kita berada di sana, badan akan terasa lemah (keletihan, kekurangan air) jika ini berlaku berehatlah dahulu sebelum meneruskan misi pendakian.

“Kita pergi dengan selamat dan pulanglah dengan selamat untuk bertemu dengan keluarga,” katanya ketika memberikan amanat kepada 10 pendaki KAME 2022 pada majlis Flag Off, di sini hari ini.

Turut sama memberikan sokongan adalah bekas-bekas pendaki tanah air terdiri daripada Datuk Muqharabbin Mokhtaruddin (2004), Ahmad Reduan Rozali (2004, 2007), Ahmad Fakhri Abu Samah (2007), Muhammad Ilaham Ishak (2013), Zainudin Lot (2013), Mohd. Nasuha (2013), Mohamad Asyraf Mohd. Halim (2013) dan Mohd. Hafizudin Ibrahim (2013).

Majlis flag off disempurnakan Chef De Mission KAME 2022,Tan Sri Dr. Salleh Mohd Noor. 

Kumpulan misi ini dijangka berlepas ke Kathmandu, Nepal pada 15 April sehingga 11 Jun. 

Misi KAME 2022 diketuai Azim Afif Ishak, 32, bersama sembilan lagi pendaki memburu impian bagi menawan puncak gununh Everest yang berketinggian 8,848 meter dari aras laut.

Selain Azim, KAME 2022 turut disertai pendaki Orang Kurang Upaya, Muhammad Hawari Hashim, 31 tahun, bersama pendaki lain Ahmad Murshid Maktar, 35, (jurutera); Ayu Wanirah Naharuddin, 29, (kakitangan swasta); Rina Jordana Adnan, 41, (Penolong Pegawai Belia dan Sukan).

Turut menyertai misi ialah Oh Jin Heng, 37, (ahli perniagaan); Askandar Ampuan Yawcub, 54, (Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah) selain tiga anggota polis, Kanang Anak Usin, 42; M. Parash a/l Murugesu, 32, dan Mohammad Hanif Che Ahmad, 28. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya