KUALA TERENGGANU: Keadaan cuaca cerah membolehkan lebih 2,000 mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 2 petang ini, kesemua 15,317 mangsa melibatkan 4,011 keluarga ditempatkan di 68 pusat pemindahan sementara (PPS).
Katanya, mangsa di Kemaman menurun kepada 7,726 orang manakala di Hulu Terengganu (3,999 orang), dan Dungun (2,696 orang).
“Di Kuala Terengganu, mangsa kini tinggal 451 orang diikuti Kuala Nerus (438 orang) dan Setiu (7 orang),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini
Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, masih ada beberapa lokasi di daerah itu yang belum pulih berikutan banjir termenung.
Katanya, antara lokasi itu ialah di Kampung Pulau Tempurung dan Bandar Baru Bukit Mentok, bagaimanapun, situasi dijangka bertambah baik esok. –UTUSAN ONLINE