Lelaki dilarang pakai inai untuk tujuan berhias  - Utusan Malaysia

Lelaki dilarang pakai inai untuk tujuan berhias 

Inai merupakan perhiasan wanita
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Inai adalah perhiasan untuk wanita dan bukannya untuk lelaki, justeru, golongan itu tidak dibenarkan memakai inai di tangan mahupun kaki. 

Itu pandangan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portalnya, Maktabah Al-Bakri yang menjelaskan, beliau cenderung untuk mengatakan bahawa tidak dibenarkan bagi lelaki untuk mengenakan inai pada kedua-dua tangan atau kaki bagi tujuan berhias. 

“Bagaimanapun, digalakkan bagi perempuan yang berkahwin untuk berinai bagi tujuan berhias kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita.

“Oleh itu, tidak boleh bagi lelaki untuk berinai sama ada bagi tujuan perkahwinan ataupun selainnya atas dasar berhias,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, inai dibenarkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. 

Adapun bagi lelaki untuk mengenakan inai pada rambut, katanya, maka hal yang demikian itu tiada masalah.

Zulkifli berkata, pada asasnya, lelaki adalah dilarang menyerupai perempuan dan begitu juga perempuan dilarang menyerupai lelaki dan hal ini sama ada dalam bentuk percakapan, pemakaian, keadaannya dan seumpamanya. 

Inai adalah sejenis tumbuhan pokok kecil yang daunnya digunakan sebagai bahan pemerah kuku dan jari. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN