PUTRAJAYA: Kos pengambilan bagi pembantu rumah Indonesia yang akan dibawa masuk ke negara ini bakal mencecah sehingga RM15,000 seorang. Kos berkenaan didedahkan Duta Indonesia ke Malaysia, Hermono dalam pertemuan dengan empat persatuan agensi pekerjaan swasta baru-baru ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. Sukumaran Nair berkata, pihaknya difahamkan, penetapan kos itu sudah dipersetujui antara kedua-dua pihak sebagai jumlah perbelanjaan keseluruhan di Indonesia dan Malaysia yang perlu dibayar majikan untuk mendapatkan perkhidmatan tenaga kerja itu. Pertemuan itu dibuat menjelang usaha menandatangani memorandum persefahaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya