Kes positif Covid-19 kembali meningkat - Utusan Malaysia

Kes positif Covid-19 kembali meningkat

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 25,854 kes positif berbanding kelmarin, 23,100 kes sekali gus diatasi 25,548 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 374 kes berbanding kelmarin, 361 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan kepada 213 kes berbanding kelmarin, 193 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan tujuh kluster berbanding kelmarin, tiga kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,789 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini menurun kepada 475 kluster berbanding jumlah kelmarin, 480 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,314 kluster berbanding kelmarin, 6,302 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 152 kes bersamaan 0.59 peratus daripada 25,854 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 25,702 kes bersamaan 99.41 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 152 kes kategori tiga, empat dan lima, 25 kes bersamaan 16.45 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 89 kes bersamaan 58.55 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 38 kes bersamaan 25 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 65 kes bersamaan 42.76 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 51 kes bersamaan 33.55 peratus mempunyai komorbid dan satu kes bersamaan 0.66 peratus kes adalah ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 78 kes berbanding semalam, 75 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,827 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 34 daripada 78 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,744 kes. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya