Kes positif Covid-19 jatuh bawah 20,000 - Utusan Malaysia

Kes positif Covid-19 jatuh bawah 20,000

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 19,105 kes positif berbanding kelmarin, 22,341 kes sekali gus diatasi 28,250 kes sembuh. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan 371 kes berbanding kelmarin, 390 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan kepada 203 kes berbanding kelmarin, 219 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan satu kluster berbanding kelmarin, enam kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,912 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 304 kluster berbanding kelmarin, 316 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,608 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 193 kes daripada 19,105 kes positif Covid-19 hari ini adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 18,912 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 153 kes kategori tiga, empat dan lima, 58 kes (30.05 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 78 kes (40.41 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 57 kes (29.53 peratus) telah menerima dos penggalak. 

“Selain itu, 92 kes (47.67 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 81 kes (41.97 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 71 kes berbanding semalam, 85 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 34,400 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 26 daripada 71 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,225 kes. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya