Kes denggi meningkat 177.2 peratus di Kedah - Utusan Malaysia

Kes denggi meningkat 177.2 peratus di Kedah

OTHMAN WARIJO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kes denggi di Kedah meningkat sebanyak 177.2 peratus setakat 6 Mac lepas dengan 158 kes berbanding 101 bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, selain itu, bilangan wabak juga meningkat kepada 16 kes berbanding dua kes sahaja pada tempoh sama.  

“Namun, semua wabak denggi berkenaan berjaya dikawal dalam tempoh dua minggu. Antara faktor penyumbang utama kepada peningkatan kes denggi di Kedah adalah kekerapan hujan serta peningkatan pergerakan penduduk berbanding ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020 dan 2021.

“Aktiviti pencegahan dan kawalan sentiasa dijalankan di semua lokaliti kes di Kedah bagi memutuskan rantaian jangkitan. Sebagai contoh, aktiviti kawalan vektor yang melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan dijalankan untuk kawalan kes tunggal dan wabak denggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, di samping itu, aktiviti pencegahan juga dipertingkatkan di lokaliti keutamaan dan berisiko yang dikenal pasti di negeri.

“Sehingga 06 Mac, sejumlah 65,890 premis diperiksa dan 941 kompaun  dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai RM446,550  kepada pemilik premis yang didapati pembiakan nyamuk Aedes, “ ujarnya.

Tambah beliau,  Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menyeru semua pihak untuk bersama-sama mengambil tindakan pencegahan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mencegah jangkitan demam denggi. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya