Kerajaan Melaka ke Belanda, tuntut artifak berusia 200 tahun - Utusan Malaysia

Kerajaan Melaka ke Belanda, tuntut artifak berusia 200 tahun

MUHAMMAD JAILANI Khamis (kanan) memegang poster program merancakkan kembali sektor pelancongan Melaka 2022 ketika sidang akhbar di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri akan bertolak ke Belanda bagi membawa pulang artifak era penjajahan milik negara yang berusia 200 tahun pada November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia termasuklah fosil, dokumen, peta, mata wang dan manuskrip. 

Jelasnya, Kedutaan Belanda telah bersetuju untuk memulangkan artifak bernilai jutaan ringgit berkenaan yang diambil ketika penjajahan oleh negara itu pada tahun 1641 sehingga 1824.

“Kedutaan Belanda telah membuat dasar untuk memulangkan balik artifak yang mereka ambil semasa penjajahan, jadi kita rancang akan ke sana juga pada tahun ini untuk mengambil khazanah tersebut. 

“Kita bimbang dasar tersebut akan dirombak sekiranya kerajaan mereka bertukar pada pilihan raya akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di Ayer Keroh di sini hari ini. 

Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Shaari Basiron.

Tambahnya, beliau akan ke London, England bagi menghadiri Persidangan World Travel Market London (WTM) pada 7 hingga 9 November dan terus bertolak ke Belanda. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri akan membentangkan kertas kerja mengenai pengambilan khazanah tersebut kepada kerajaan Pusat untuk mendapatkan sokongan. 

“Usaha kita nak bawa pulang artifak ini bukan khusus untuk rakyat Melaka sahaja, kalau untuk negara pun kita akan buat. 

“Kita akan bentangkan kertas khusus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan sokongan,” jelasnya.  –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya