Kerajaan belum bercadang haramkan perkahwinan bawah umur

Kerajaan belum bercadang haramkan perkahwinan bawah umur

RINA HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum bercadang untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur, namun komited dalam menangani isu tersebut. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, usaha mengekang pernikahan bawah umur dilaksanakan melalui program di bawah Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

“Perkahwinan bawah umur bukan sahaja perlu ditangani melalui perubahan perundangan, malahan melalui pendidikan, advokasi, kesihatan, pengukuhan institusi keluarga serta sokongan sosioekonomi masyarakat.

“Pada masa sama, Jawatankuasa Pemandu yang telah ditubuhkan akan terus memantau pelaksanaan dan perkembangan program yang dirancang,” katanya dalam kenyataan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai status terkini pembentangan rancangan mengharamkan perkahwinan bawah umur bagi membendung eksploitasi kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Rina berkata, kerajaan bersetuju bahawa penetapan had umur berkahwin pada usia 18 tahun adalah tertakluk kepada kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Katanya, cadangan untuk mengadakan sesi perbincangan bersama majlis agama negeri akan diperhalusi melalui kerjasama advokasi dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

“Dalam hal ini, saya menyeru semua pihak yang berkepentingan, sama ada di peringkat kerajaan persekutuan mahupun negeri supaya lebih prihatin dan bersama-sama menyokong usaha kerajaan dalam menangani perkahwinan bawah umur di negara ini demi menjamin masa hadapan kanak-kanak,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya