Johor Tani agenda libatkan penyertaan anak muda

Johor Tani agenda libatkan penyertaan anak muda

NOR RASHIDAH RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT RAJA: Johor Tani merupakan agenda terbesar di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor yang diwujudkan sebagai pencetus perubahan bagi mentransformasikan pertumbuhan sektor pertanian dan industri makanan negeri ini.

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja, Nor Rashidah Ramli berkata, usaha itu tepat pada masanya ketika dunia berdepan Covid-19 yang bukan sahaja mengurangkan kebergantungan makanan import tetapi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda.

Katanya, sebanyak RM51 juta diperuntukkan menerusi Belanjawan Johor 2021, sekali gus menjadi keutamaan besar berbanding sektor-sektor lain.

“Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dalam tempoh pandemik telah melihat perkara-perkara baharu untuk anak muda antaranya memperkasakan Agenda Tani.

“Dalam Belanjawan Negeri Johor diletakkan agenda ini sebagai nombor satu kerana mahu memberi peluang kepada anak muda dan juga melihat sektor ini amat penting. Kita di Johor berharap ini dapat merancakkan semula supaya tidak bergantung kepada import makanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Agenda Tani merupakan antara 12 perkara utama dalam Belanjawan Johor 2021 yang menggariskan lima inisiatif bagi merealisasikan matlamat dan usaha berkenaan.

Antara inisiatif berkenaan adalah Program Jaminan Bekalan Makanan apabila akan dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM6 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 2,168 hektar.

Selain itu, sebanyak RM6 juta diperuntukkan bagi Program Peningkatan Hasil Padi di Luar Jelapang. Inisiatif lain turut membabitkan penerokaan pasaran baharu, pembangunan usahawan tani dan pemerkasaan industri ternakan daging dan ruminan.

Selain itu, Nor Rashidah berkata, agenda tersebut wajar diteruskan dengan memberi peluang kepada BN untuk mentadbir semula selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana anak-anak muda kini amat memerlukan lebih banyak peluang menjana pendapatan.

Beliau sendiri mahu melihat anak muda di Parit Raja lebih ke hadapan dan disebabkan itu memerlukan Agenda Tani sebagai peluang terbaik untuk golo­ngan tersebut.

“Oleh sebab itulah kerajaan pimpinan Datuk Seri Hasni melihat perkara-perkara baharu selepas pandemik Covid-19 dengan terus memperkasakan Agenda Tani yang dilihat mencetuskan satu perubahan besar untuk rakyat Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya