KUANTAN: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap perwakilan sebagai medan untuk mengukuhkan penyatuan dalam kalangan ahli parti. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Farid Mohd. Nor berkata, persidangan kali ini perlu lebih fokus untuk menyelesaikan isu dalaman dan juga perpaduan parti. “Kurangkan ‘politiking’ sesama sendiri, fokus kepada masalah dan isu-isu membabitkan rakyat. “Isu perumahan mampu milik misalnya, ia dilihat antara keperluan mendesak ketika ini bagi memastikan rakyat terutamanya anak muda mampu memiliki rumah,” katanya di sini semalam. Seramai 18 jurucakap meliputi wakil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya