Ibu bapa mahu segera anak diberi vaksin, bimbang jangkitan Covid-19 di sekolah  - Utusan Malaysia

Ibu bapa mahu segera anak diberi vaksin, bimbang jangkitan Covid-19 di sekolah 

MATAN Raj Subramaniam (kanan) hadir pada Program Bantuan (outreach) Kellogg Asia Product Sdn. Bhd. bersama Sehat Healthcare Centre bagi PICKids di Seremban 2, Seremban hari ini. -UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kebanyakan ibu bapa mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) berikutan sesi baharu persekolahan akan bermula minggu hadapan.

Seorang bapa, Mohd. Irfan Hasan, 35, berkata, dia mengambil keputusan untuk menghantar anaknya mendapatkan vaksinasi kerana bimbang peningkatan kes Covid-19 ketika ini ditambah anaknya perlu memulakan sesi persekolahan. 

“Tentunya, saya mahukan anak saya dilindungi ketika di sekolah nanti. Alhamdulillah, dia okay dan tidak menangis kerana sudah dimaklumkan lebih awal dia akan mendapat suntikan Covid-19 hari ini. 

“Saya risau dengan keadaan kes Covid-19 yang agak tinggi. Jadi, saya berharap vaksinasi ini juga dapat mencegah penularan varian Omicron yang kian menular,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Program Bantuan (outreach) Kellogg Asia Product Sdn. Bhd. bersama Sehat Healthcare Centre di Seremban 2 di sini hari ini. 

Seorang ibu, Lily Diana Nazeri, 32, turut mengakui perkara yang sama dan memaklumkan bimbang akan berlaku penularan jangkitan Covid-19 di sekolah anaknya.

“Minggu hadapan, anak saya akan memasuki darjah satu dan saya risau sekiranya dia tidak mendapat vaksinasi. Alhamdullilah, selepas mendaftar, saya terus mendapatkan tarikh untuk vaksinasi anak saya hari ini,” katanya sambil memberitahu anaknya juga tidak sabar untuk datang mendapatkan vaksin.

Sementara itu, Pengarah Kilang Kellogg Asia Product Sdn. Bhd., Matan Raj Subramaniam berkata, pihaknya tampil memberikan sokongan kepada pelaksanaan PICKids dan membawa dua maskot Kellogg iaitu Pringles dan Tony Tiger bagi menceriakan suasana di Pusat Pemberian vaksin (PPV) Sehat Healthcare Centre.

“Kami turut memberikan kanak-kanak pek barangan Kellog bagi menceriakan selain memberikan semangat kepada mereka,” katanya lagi. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya