PUTRAJAYA: Siasatan awal Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mendapati pesawat ringan Diamond DA-40D hilang kawalan sebelum tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi semalam. Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Chester Voo berkata, dalam kejadian itu, pengendali pesawat berkenaan yang juga seorang juruterbang pelatih wanita berusia 28 tahun mengalami kecederaan, namun keadaannya disahkan stabil. “Ia sepatutnya menjalani sesi latihan penerbangan malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebelum terbabas di landasan pukul 8.04 malam,” katanya semalam. Media tempatan lewat malam kelmarin melaporkan insiden itu melibatkan seorang juruterbang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya