Hanya mangsa banjir di Hulu Terengganu belum pulang - Utusan Malaysia

Hanya mangsa banjir di Hulu Terengganu belum pulang

PEKERJA rumah bot Tasik Kenyir bertungkus lumus mengalihkan bot gentian kaca ke kawasan yang lebih tinggi berikutan paras air tasik yang meningkat laju ketika tinjauan di Tasik Kenyir di sini hari ini.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hari kelapan banjir gelombang kelima di Terengganu menyaksikan penurunan mendadak mangsa kepada 1,952 orang. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, kesemua mangsa berkenaan adalah dari Hulu Terengganu. 

Katanya, mereka masih ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah berkenaan. 

“PPS di tiga daerah lain iaitu di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman mulai ditutup sejak petang semalam disusuli Dungun pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sekretariat itu berkata, keadaan cuaca di seluruh lapan daerah bagaimanapun kembali hujan renyai-renyai hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya