Graduan Anugerah Pelajaran Diraja UUM kongsi resipi - Utusan Malaysia

Graduan Anugerah Pelajaran Diraja UUM kongsi resipi

DR. Haim Hilman Abdullah (tengah) memperkatakan sesuatu kepada Aisyah Nabila Taifor (kiri) sambil diperhatikan Tan Mei Ting selepas menerima anugerah masing-masing pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-33 di UUM di Sintok, Kedah hari ini. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINTOK: Fokus dalam kuliah, lakukan tugasan dengan baik dan berdoa sepenuh jiwa raga. Itu petua kejayaan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM), Aisyah Nabila Taifor, 25,  yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja universiti itu.

Anugerah tersebut diterima sempena Majlis Konvokesyen Ke-33 UUM yang berlangsung di Dewan Muadzam Shah, UUM di sini hari ini.

Walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran meneruskan pengajian ketika pandemik Covid-19, graduan dari Machang, Kelantan itu berkata, matlamat untuk cemerlang dan menggembirakan keluarga adalah mengatasi segala-galanya.

“Alhamdulillah, melengkapkan pengajian pada tahun akhir terutama ketika latihan industri dan pandemik pula, ia adalah sukar. Tetapi tiada yang mustahil jika matlamat kita mahu berjaya dan cemerlang.

“Saya fokus dalam kuliah dan lakukan tugasan sebaik mungkin. Selebihnya, doa banyak-banyak. Mungkin itu resipinya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Ke-33 UUM di Dewan Muadzam Shah, UUM di sini hari ini.

Seramai 4,025 graduan yang menamatkan pengajian pada 2020 menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen itu yang akan berlangsung selama tujuh hari bernula hari ini.

Majlis konvokesyen yang sama turut menyaksikan graduan Ijazah Sarjana Muda Perbankan, Tan Mei Ting, 26, menerima Anugerah Pingat Emas Canselor.

Aisyah Nabila yang merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dan kini berkhidmat sebagai Kaunselor di Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur berkata, beliau berbesar hati kerana berpeluang naik ke pentas untuk menerima ijazah hari ini setelah tertangguh hampir dua tahun.

Sementara itu, menurut Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah,  UUM mempersiapkan sebaik mungkin untuk menyempurnakan majlis konvokesyen tersebut mengikut SOP yang ditetapkan demi meraikan graduannya.

“Bagi UUM malah universiti di seluruh dunia, pandemik ini tidak mudah, sukar dan penuh peristiwa yang mengecewakan. Namun, kita punyai keberanian untuk buat konvokesyen dan kita akan terus bersiap sedia untuk hadapi keadaan ini walaupun ketika memasuki endemik nanti.

“UUM akan terus pastikan pematuhan SOP menjadi norma hidup kita dan akan pasti keselamatan warga universiti pada tahap tertinggi,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya