Giliran Anwar Ibrahim pula positif Covid-19  - Utusan Malaysia

Giliran Anwar Ibrahim pula positif Covid-19 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih kurang tiga jam selepas bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang disahkan positif Covid-19, kini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula disahkan positif wabak berkenaan. 

Setiausaha Sulitnya, Shukri Saad mengesahkan perkara tersebut menerusi kenyataan yang dihantar kepada media petang ini. 

Beliau berkata, Presiden PKR itu didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) di Parlimen hari ini. 

“Saya ingin mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati positif COVID-19 hasil ujian PCR yang dijalankan di Parlimen. 

“Datuk Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya. 

Pukul empat petang tadi, Kit Siang disahkan positif Covid-19 setelah melakukan ujian sama di Parlimen dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin. 

Anwar dan Kit Siang masing-masing hadir ke pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam semalam yang mengundang perkumpulan perwakilan secara beramai-ramai. 

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada keputusan positif Covid-19 diperoleh Anwar berpunca daripada program yang dihadirinya semalam.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya