ezAdu, Price Catcher perkasa digitalisasi pengguna – PM

ezAdu, Price Catcher perkasa digitalisasi pengguna – PM

Ismail Sabri Yaakob merasmikan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2022 di NU Sentral, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. – MINGGUAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 28 Februari lalu sebanyak 24,150 aduan diterima berkaitan transaksi dalam talian yang merangkumi 36.45 peratus.

Perdana Menteri berkata, sejumlah besar aduan ini memberi indikasi bahawa melalui perubahan trend pembelian pengguna secara dalam talian.

Katanya, perubahan trend pembelian pengguna secara dalam talian kini memberangsangkan apabila wujud peningkatan signifikan aduan transaksi dalam talian khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

“Aplikasi ezAdu dan Price Catcher merupakan antara langkah yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan digitalisasi pengguna.
“ezAdu dibangunkan pada 2015 manakala ditransformasi dan ditambah baik pada 2021 bertujuan meningkatkan lagi keberkesanan saluran aduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pe­rasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2022 di Pusat Membeli-Belah NU Sentral di sini, semalam.

“Inisiatif membangunkan aplikasi Price Catcher pada 2019 turut membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu pengguna agar bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis menawarkan harga berpatutan.

“Selain itu, ia bagi menggalakkan golongan peniaga beretika dan meletakkan harga yang munasabah tanpa perlu ke premis perniagaan secara fizikal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, proses digitalisasi pengguna secara tidak langsung menjadi alternatif dalam kalangan rak­yat bagi mengadaptasi perubahan gaya hidup sejajar norma baharu.

Menurut Perdana Menteri, proses digitalisasi itu dapat dilihat menerusi penggunaan medium itu bagi tujuan urus niaga, mesyuarat dan sesi pembelajaran.

Malah kata beliau, penggunaan sistem seperti QR Pay, Pay Wave dan pembayaran perbankan dalam talian menjadi pilihan utama masa kini sekali gus memacu pengguna ke arah digitalisasi yang optimum bagi mengurangkan sentuhan secara fizikal.

“Penganjuran Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) kali ini memberi penekanan kepada perkembangan dan penggunaan teknologi yang telah mengambil alih kaedah urus niaga secara konvensional.

“Tema HPK yang dipilih pada tahun ini adalah ‘Digitalisasi Pengguna’ iaitu sejajar dengan tema Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia iaitu fair digital finance.

“Justeru itu objektif HPK tahun ini adalah untuk menggalakkan semua pihak melaksanakan tanggungjawab sosial bagi meningkatkan kesedaran berhubung digitalisasi pengguna di peringkat semua lapisan masyarakat Keluarga Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya