Endemik : Aktiviti keagamaan, pelancongan di Terengganu bakal kembali rancak - Utusan Malaysia

Endemik : Aktiviti keagamaan, pelancongan di Terengganu bakal kembali rancak

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Fasa peralihan endemik bermula 1 April ini bakal merancakkan kembali aktiviti keagamaan, pendidikan, pelancongan, kebudayaan dan sukan yang menonjolkan identiti Terengganu. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengumuman itu sememangnya dinantikan oleh umat Islam apabila tiada lagi penjarakan sosial dalam pelaksanaan solat jemaah di masjid atau surau. 

Katanya, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi. 

“Terengganu sebagai sebuah negeri pelancongan dan menerima hampir lima juta pelancong setiap tahun amat menanti-nantikan pengumuman Perdana Menteri berkaitan pembukaan sempadan negara. 

“Diharapkan industri pelancongan Terengganu akan kembali pulih sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April ini.

Ismail Sabri berkata, peralihan itu merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan rakyat kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19.

Sementara itu, Ahmad Samsuri menasihatkan rakyat agar terus mengamalkan norma baharu termasuk memakai pelitup muka di tempat awam dan mengimbas MySejahtera. 

“Saya juga menyeru rakyat supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga di samping peka dengan arahan semasa kerajaan. Teruskan berdoa dan berusaha agar kita dilindungi daripada sebarang musibah atau mudarat,” katanya.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya